◕‿◕。)ASSALAMUALAIKUM !◕‿◕WELCOME TO WWW.SLUMBERYEYE.BLOGSPOT.COM◕‿◕.FOLLOW ME !◕‿◕。

Wednesday, February 27, 2013

kenalan , kawan , sahabat .

assalamualaikum w.b.t
bertemu kembali dalam blog slumberyeye :)
haha . dah lama admin tak update sesuatu yang baru , kan ?
sorry lah . admin ni ada malas yg banyak  sedikit . heee .
maklumlah . semenjak bergelar bujang yang baru sahaja nak merasa duit sendiri .
sibuk sangat kumpul duit sampai blog ni telah ku anaktirikan . haha
*pun boleh .
ok , apa-apa pun , admin tak mahu cakap banyak .#baru mukadimah ni . ada lagi . hee
OK , tajuk kali ni agak berbeza sedikit dengan tajuk sebelum2 ni .

KENALAN , KAWAN , SAHABAT


baik lah .
saya nak tanya sesuatu .
pada hemat kalian , apa spekulasi kalian tentang 3 benda ni ?
mungkin ada org kata ..........

1#alah , benda macam ni pun nak cerita =='

-->haha , ok , situasi ni mungkin wujud . sy tidak mengatakan semua org kata sebegini ok :)

2#kawan , sahabat ... Sama jelah kan ??

-->errr >.< taklah !

3# kenalan +  kawan errr , mungkin sama sahaja .

-->lain lain *geleng geleng

okay , memang tak dapat dinafikan setiap pandangan org berbeza2 .
so , hari ini saya nak share sikit pandangan saya tentang 3 benda ni :))

''RAMAI KENALAN , SEDIKIT KAWAN , SEGELINTIR SAHABAT''
by : AAM :)

apa yang korang faham tentang quotes di atas ?
haaaaa . QUOTES NI , sahabat saya yang bagi <3>
ni yang ceq nak habaq kat hangpa semua . hee .
bagi saya . .....

KENALAN ,
 mmg semua org ada , betul ? tak dapat dinafikan lah . mmg setiap penjuru dunia ni kau kenal :P heee . sama la mcm saya . kenalan saya ramai . tapi , saya je yang bt dunno =='
almaklumlah , ceq ni cerewet skit naa . jaga2 , takut kena tipu , jaman cekarang ni apa pun boleh jadi kan . so . BEWARE ! #iklan semata , tiada kaitan dengan org yg masih hidup ataupun yg telah meninggalkan kita 
:(

KAWAN ,
 
pendamping kita selepas keluarga , betul ?
siapa sini takda kawan ?
angkat kaki sikit ?
puihh lah .. kawan berlambak kat mukabuku tu . belum tambah kat pencicit lagi .hahaha
kalau ada ruangsaya , mesti lagi ramai lah ..haha tau tak ape tuh ? MYSPACE lerr =='
berkurun tak bukak kan ? apa cerita lah kat dalam sana tu .#okay , dah lari drpd tajuk >.<
sekarang , semua org perlu berkawan , betul ?


seronok sebenarnya duduk dgn kwn2 . mmg tak leh nak tipu yg kita sebenarnya lebih suka hidup dgn kwn2 pada usia sebegini sebab , kita rasa kwn lah yg paling memahami kita . kan ? setuju ?
tak ? kenapa ? hahaha . perkara ni normal lah .
siapa yang pernah jadik hostelite , tahu lah ..

SERONOK GILAA >.<  pfftt ! 
5 bintang !
hahaha .

hidup dengan kawan2 , belajar sama2 , main sama2 , kena marah pun sama2 . AGENDA COPY PASTE tak pernah lekang dlm kehidupan sebagai seorg pelajar . haha even dah masuk U nanti pun . lagi lah . heheheh
seronok tu memang lah seronok . nak cari kawan yang ketawa sama-sama tu memang mudah ,
mudah sangat2 . Tapi , yg susahnya , bila nak cari kawan yg sanggup menangis , kongsi suka duka dgn kita . percayalah , ini #FAKTA (sometimes it can be AUTA)
siapa bangkang ? angkat kaki sekarang . hehehe . gurau je .


kawan tikam belakang ? Kau tikamlah balik .apa susah . kan ?
haha . gurau gurau . Tak eloklah kalau dah berkawan nak main tikam-tikam belakang ,
kau gi kedai beli tikam 20 sen tu pun dah cukup . HAHAHAHA .
#judi ke tu ?
jangan mengkhianati kawan ! ok .

so , time ginilah , kita memerlukan seorg sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka dengan kita .
siapa sini ada sahabat ? orr , BESTIE ! kott .

SAHABAT ...
seronok bila ada sahabat yg sangat memahami , bukan ?
#kalau kadang2 tu menjengkelkan tu , normal lah  . tak semua org sempurna , kan ?
tapi , yg specialnya kat sini . SAHABAT berbeza dengan kawan mahupun kenalan . Itu bagi den lah . tak tau lak ekau acano kato .
hermmm . bila cakap pasal sahabat , , sukacitanya nak share bebrapa situasi ..

1#bila bersahabat , kita kena selalu contact =='
2#bila bersahabat , tak perlu ada rahsia antara berdua
3#bila bersahabat , kena selalu beri perhatian .

errr =='
maaf , jika anda rasa seperti ini . .
kita harus memperbetulkan term SAHABAT .

#based on my experienced .
akak saya pernah berpesan kat saya .
''bila kau ada kawan baik , jagalah dia . tapi tak semestinya kawan baik tu kena selalu contact , kena selalu mesej . sekarang ni , semua org ada hal masing2 . takkan nak layan kau sorang je kan ==' .''

mula2 ku buat tak endah sahaja .
tup tup , suatu hari , sudah terkena :')
sangat terasa . 
jadi , konklusinya , bila jadi sahabat . tak semestinya kena selalu bermesej  , kan ?
herhmm ... betulkan term itu .
*take note !
bila tak selalu bermesej , hal ini bukan menjadi satu tiket untuk kita melupakan terus sahabat kita :) jgn lah bila sahabat kita hantar msj , kita mempersoalkan bagai . itulah inilah . ada tu sampai taknak balas langsung . so , faham ?
at least , kita gayakan lah ayat yg sedap mata membaca , takdalah Bang terus :))

 next , rahsia . betul ke tak perlu ada rahsia antara sahabat ?
herm . secara logiknya lahh . takkan semua semua rahsia kita nak bagitahu kat org kan ? betul tak ?
nak nak kalau rahsia tu ibarat membuka pekong di dada . hee .
nak berkongsi rahsia tu mmg lah bole , tapi takdelah sampai semua2 rahsia kita nak cerita , kan ?
sometimes , secret is always secret :)
terpulang kepada sahabat :) sebaik-baiknya , kalu dah terlepas cakap tu , cerita jelah , takpayah nak buat si sahabat tertanya-tanya , sampai terkadang menyebabkan pergaduhan .haha


#pernah mengalami persahabatan berat sebelah ?
haha , byous byous .
ada tu , beriya-iya layan sahabat dia dgn baik(kira gelebeh ahh) , tapi sahabat dia acuh tak acuh je .
kadang-kadang asyik makan hati berulam jantung je >.<
normal ah tu . asam garam persahabatan ,
den dah selalu terkono ..

tapi , kerana fikiran positif ini masih lagi bertakhta dalam fikiran .......... 
--->ALL IS WELL !
3IDIOTS

HAHA . panjangnya entry kali ni kan ?
admin pun pelik . Idea tiba-tiba mencurah ibarat coklat koko krunch melimpah ke ladang gandum >.<
hahahaha .

ALHAMDULILLAH , saya mempunyai seorang sahabat yang sangat baik hati :')
susah senang , dialah yang selalu tolong saya . time zaman sekolah dulu lagi lah :)
mcm adik beradik sungguh <3 p="">
hahah , org lain mmg posak nak layan kerenah aku , tapi dia sorg jeh tahan dgn kerenah pelik aku >.<
hahaha . syukran ya sohibi :)

rindu zaman kegemilangan di sekolah dulu .
mcm-mcm benda yg kitorg lalui , dengan kawan -kawan yang ramai .
semuanya sempoi , gempakk ahh !
#haih , ni yang sentimental sekejap nehh=='
rindunya .................................

jadi , setelah puas membebel .
 admin nak pesan kat kalian ,
berkawan lah , selagi tidak melampaui batas ,
jaga lah hati setiap orang , :)
biarpun terkadang takda sapa peduli hati kita yg mudah terluka dan selalu berusaha menjaga hati dan perasaan org lain .

pernah usha sepotong hadis ni :

Nabi junjungan kita, Rasulullah SAW juga menyuruh kita memelihara ukhuwah sebagaimana sabda baginda : Kasihilah saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri. Subhanallah. Maha Suci Allah. Indahnya tarbiah islam.

Jagalah ukhuwwah yang terjalin antara kita semua . 
moga-moga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat .
admin juga merupakan hamba ALLAH .
jika ada salah dan silap , mohon maaf .
mohon beri tunjuk ajar :)
#saya budak sentiasa ingin belajar .
jika ada pihak yang terasa , baguslah . heee . gurau je .
bukannya apa , sekadar ingin berkongsi dan ingin memenuhi ruangan yang banyak ini .
semoga ALLAH memberkati kita semua :)
insya-ALLAH .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA BLOG slumberyeye :)

SEMOGA BERJUMPA LAGI .
ASSALAMUALAIKUMWBT
farizMFAR